China, ASEAN Perkasa Kerjasama Pembangunan Bandar

2018-09-10 14:47:02  CRI
Share with:
Forum Datuk Bandar China-ASEAN 2018 diadakan di Nanning, Guangxi pada 8 hingga 9 September lalu. 

Hampir 300 pengurus bandar dari China dan ASEAN duduk berbincang untuk mencari saluran baharu bagi pembangunan terselaras serantau.

Datuk Bandar San Mateo Filipina, Cristina Diaz melahirkan harapan agar forum ini mengukuhkan persefahaman dan persahabatan, di samping menjadi wadah untuk saling menimba pengalaman dalam sektor pertanian, pelancongan dan pembangunan bandar demi pembangunan bersama secara inovatif. 

Timbalan Datuk Bandar Chiang Mai Thailand, Panu Rojanavasu pula menyatakan kerjasama lebih erat dalam pembangunan bandar mampu merancakkan interaksi antara rakyat dan sektor korporat, sekali gus membawa faedah ketara.

Katanya, penyiaran drama dan filem Thailand di China membolehkan ramai rakyat China mengenali Chiang Mai. Kini, lebih 50% pelancong di Chiang Mai adalah dari China, yang turut memacu pembangunan ekonomi setempat. 

  

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张薇