China, Rusia Ikrar Eratkan Ikatan

2018-09-12 11:57:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123415907_15367120372581n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin berikrar mempererat ikatan bilateral serta melindungi kedamaian dan kestabilan dunia.

Dalam pertemuan di Vladivostok semalam, kedua-dua presiden bersependapat bahawa hubungan China-Rusia menunjukkan momentum lebih kuat tahun ini dan telah memasuki tempoh baharu perkembangan lebih pesat pada taraf lebih tinggi.

Mengimbas kembali pertemuan di Beijing dan Johannesburg tahun ini, Xi menyatakan pertukaran peringkat tinggi yang kerap memperlihatkan betapa tinggi taraf dan uniknya hubungan bilateral.

Beliau menyarankan kedua-dua pihak meningkatkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia, memperluas kerjasama dalam bidang tenaga, pertanian, inovasi sains dan teknologi serta kewangan.

Saranan lain, mempercepat projek mega serta meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi.

图片默认标题_fororder_1123415907_15367120036081n

Forum Ekonomi Timur (EEF) yang disarankan Putin pada 2015, diyakini mampu menyediakan peluang baharu bagi memperkukuh kerjasama setempat termasuk di Timur Jauh.

Xi turut menekankan pentingnya China dan Rusia mengekalkan komunikasi dan koordinasi rapat dalam rangka kerja multilateral seperti PBB, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS.

Kedua-dua pihak hendaklah bersama-sama menentang unilateralisme dan perlindungan perdagangan, di samping menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Putin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Xi dalam EEF.

Beliau mahu melihat kerjasama lebih erat dalam bidang pelaburan, tenaga, aeroangkasa, kewangan, e-dagang dan sosiobudaya.

Selepas pertemuan itu, beberapa dokumen kerjasama turut dimeterai di bawah saksi kedua-dua presiden.

张弘