CAEXPO, CABIS Ke-15 Buka Tirai

2018-09-12 16:43:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_82fa046df329

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15 dirasmikan di Nanning, Guangxi pagi tadi.

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian. 

Turut menyampaikan ucapan, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe; Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue; dan Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy.

Juga hadir, Naib Presiden Zanzibar Tanzania, Seif Ali Iddi serta pegawai kanan dari China, negara-negara ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

CAEXPO dan CABIS tahun ini bertemakan "bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, membentuk komuniti inovatif China-ASEAN". 

Sebanyak 29 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menyertai CAEXPO tahun ini, yang turut melibatkan lebih 2,700 syarikat.
张弘