29 Negara B&R Sertai CAEXPO

2018-09-12 14:10:51  CRI
Share with:

Sebanyak 29 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) tahun ini, yang turut melibatkan lebih 2,700 syarikat.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng menyatakan dalam tempoh 14 tahun lalu, CAEXPO memfokuskan keperluan pembangunan pada fasa permulaan, pembinaan dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Ekspo itu telah menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan, selain kewangan, kastam, logistik, taman perindustrian, sains dan teknologi serta sosiobudaya.

CAEXPO serta Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15 diadakan di Nanning, Guangxi bermula hari ini hingga 15 September.

Selain China dan negara-negara ASEAN, 114 syarikat dari 19 negara B&R termasuk Tanzania, Sri Lanka, Pakistan, Nepal, Australia, Jerman, Itali dan Sepanyol turut serta.

张弘