China, Singapura Setuju Perkasa Kerjasama

2018-09-12 13:41:42  CRI
Share with:
China menyokong usaha Singapura sebagai pengerusi bergilir ASEAN, menghargai peranan istimewa negara itu dan sumbangannya untuk mempercepat rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). 

China bersedia terus meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan kerjasama pragmatik dengan negara-negara ASEAN ke arah komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Demikian ujar Naib Perdana Menteri China, Hu Chunhua dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang berada di Hanoi, Vietnam untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN semalam. 

Beliau menyatakan perlunya China dan Singapura mengeratkan pertukaran peringkat tinggi, bersama-sama membangunkan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan "koridor selatan", serta menaiktarafkan kerjasama ekonomi. 

China mengalu-alukan penyertaan Singapura dalam Ekspo Import Antarabangsa China yang pertama di Shanghai pada November.
 
Lee pula menyatakan kesediaan Singapura bersama-sama China menjaga perdagangan bebas dan peraturan multilateral demi kemakmuran serantau.
   
张薇