B&R, CAEXPO Dapat Pujian

2018-09-13 16:22:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_b1

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) selama empat hari dirasmikan di Nanning, Guangxi semalam, dengan tema "bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, membentuk komuniti inovatif China-ASEAN". 

Ekspo tersebut serta inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) saranan China mendapat pujian pemimpin ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy berkata, B&R inisiatif penting untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara China dengan ASEAN. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) harus dimanfaatkan untuk memperkasakan kerjasama dan mencipta peluang baharu.

Naib Presiden Myanmar, Myint Swe berkata, pihaknya menanti-nantikan pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, komponen penting B&R, yang mampu mempercepat pewujudan jaringan perdagangan maritim dan kesalinghubungan prasarana.

Sebanyak 29 negara yang terlibat dalam B&R menyertai CAEXPO tahun ini, yang turut melibatkan lebih 2,700 syarikat.
 

徐国玮