China, Malaysia Galak Kerjasama B&R

2018-09-13 13:00:06  CRI
Share with:

China dan Malaysia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan akan meneliti perangkaan pelan berkenaan bagi  menggalakkan kerjasama di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). 

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media semalam berkata, kerjasama ekonomi antara China dengan Malaysia mengekalkan momentum positif dan telah membawa faedah ketara kepada rakyat. Kedua-dua pihak amat mementingkan kerjasama B&R.

Katanya, Malaysia antara jiran yang paling awal menyertai kerjasama  B&R. Dalam lawatannya ke China bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menilai tinggi B&R yang dianggap akan merancakkan kerjasama dan interaksi serantau.

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲