Malaysia Mahu Tarik Pelabur China

2018-09-13 15:03:58  CRI
Share with:
Malaysia mahu lebih banyak pelabur China datang menanam modal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Ong Kian Ming di Nanning, Guangxi semalam.

Beliau menyatakan China rakan dagang terbesar bagi ASEAN, sementara Malaysia rakan dagang kedua terbesar bagi China di ASEAN. Kerjasama antara Malaysia dengan China masih mempunyai potensi besar untuk diteroka.

Banyak usahawan China menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia, maka MITI akan berusaha memudahkan kerjasama antara syarikat serta mencipta lebih banyak peluang pelaburan bagi pihak China.

 
 

张薇