China, ASEAN Kerjasama Lindungi Kepentingan Syarikat

2018-09-14 13:54:43  CRI
Share with:
China akan bekerjasama dengan ASEAN untuk membentuk mekanisme bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat ASEAN di China, termasuk harta intelek dalam perdagangan rentas sempadan termasuk e-dagang serta cap dagang.

Dalam Forum Cap Dagang China-ASEAN di Nanning semalam, Timbalan Pengarah Pejabat Harta Intelek Negara China, Liu Junchen memaklumkan, kerajaan China telah menandatangani memorandum kerjasama perlindungan cap dagang dan harta intelek dengan negara-negara ASEAN.

Setakat hujung Ogos tahun ini, jumlah pendaftaran cap dagang di China oleh pemohon ASEAN mencatat 45.6 ribu.
张弘