AI Fokus Baharu Kerjasama China-ASEAN

2018-09-14 15:00:41  CRI
Share with:

Forum Kerjasama dan Pembangunan Projek Kejuruteraan China-ASEAN ke-8 diadakan di Nanning, Guangxi Isnin lalu.

Kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan pintar menjadi tumpuan perbincangan lebih 300 pakar dari China dan ASEAN.

Teknologi berkenaan semakin biasa digunakan dalam kehidupan sehari-hari rakyat China. Perkembangannya telah memberi impak besar kepada negara-negara Asia Tenggara.

Pengguna Internet yang bertambah pesat di negara-negara tersebut juga membantu teknologi AI China tampil di pentas dunia.

Jumlah pengguna Internet di Asia Tenggara dijangka mencatat hampir 500 juta menjelang 2020, sekali gus merangsang permintaan terhadap alat mudah alih.

Perkembangan pesat teknologi AI China turut mempercepat kemajuan teknologi Internet di Asia Tenggara.

徐国玮