Tarif Tambahan Tidak Membantu

2018-09-14 14:49:51  CRI
Share with:

AS perlu menyedari bahawa tindakan mengenakan tarif tambahan secara sepihak tidak membantu menyelesaikan masalah.

Menyentuh peningkatan lebihan perdagangan China terhadap AS pada Januari hingga Ogos tahun ini, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata keadaan itu ditentukan oleh pasaran. Kekhuatiran sesetengah syarikat China terhadap tarif baharu AS juga salah satu faktor.

Jurucakap itu menggesa AS bertindak sehaluan dengan China untuk memastikan perdagangan dua hala berkembang secara sihat dan stabil.

Katanya, pergeseran yang dicetuskan AS pasti akan membawa kesan negatif kepada perdagangan China-AS. Pihak China tidak mahu melihat momentum baik perdagangan dua hala sebelum ini terjejas akibat amalan perlindungan AS.  

张哲