Asas Hubungan China-Rusia Makin Kukuh

2018-09-14 14:50:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_449c61c0-b059-481a-9923-b1933a08f31c

 


Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk kali ketiga dalam tempoh empat bulan, di luar agenda Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-4 yang baru melabuhkan tirai.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kedua-dua presiden telah bertemu lebih 20 kali yang memperlihatkan betapa tinggi taraf dan uniknya hubungan China-Rusia.

Kini, perkongsian strategik komprehensif China-Rusia telah memasuki tempoh baharu perkembangan lebih pesat pada taraf lebih tinggi. Kemajuan ketara dilihat dalam struktur, kualiti dan skala perdagangan serta program kerjasama melibatkan pelaburan, tenaga, pengangkutan, infrastruktur dan aeroangkasa.

Pada masa yang sama, muncul titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama sains dan teknologi serta pertanian dan e-dagang.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_2e01b363-aa37-47c8-9a45-71054e21fb0d

Sementara itu, asas persahabatan antara China dengan Rusia makin kukuh. Kenyataan bersama Xi dan Putin di Moscow Julai lalu menekankan pentingnya persefahaman rakyat dan integrasi budaya.

Dengan penganjuran Tahun China di Rusia dan Tahun Rusia di China serta aktiviti seperti tahun bahasa, pelancongan, interaksi belia dan media, rakyat kedua-dua negara semakin rapat.

Pada tahun lepas, jumlah pelancong China ke Rusia mencatat 1.7 juta, manakala pelancong Rusia ke China lebih 2.3 juta.

Setakat 2016, pertukaran pelajar antara kedua-dua negara mencatat lebih 70 ribu, dan angka ini dijangka meningkat kepada 100 ribu menjelang 2020.

张弘