Perdagangan Bebas, Multilateralisme Mesti Dijaga

2018-09-14 14:50:34  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi menekankan tiga perkara yang mesti dipertahankan dalam pembaharuan sistem perdagangan antarabangsa, iaitu nilai teras dan prinsip asas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), hak dan kepentingan negara-negara membangun serta semangat sedia berunding.

Dalam satu sidang media di Beijing semalam, Wang Yi berkata, peraturan perdagangan bebas dan sistem multilateral berteraskan WTO perlu dijaga kerana selaras dengan kepentingan jangka panjang semua negara.

Wang Yi dalam rundingan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian sebelum sidang media itu, memuji Perancis yang telah sekian lama melindungi multilateralisme dan liberalisasi perdagangan.

 

 
张哲