Kongsi Peluang Pembangunan Ekonomi Digital

2018-09-18 17:03:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ar

Kecerdasan buatan (AI) generasi baharu yang semakin maju menyuntik kedinamikan baharu kepada pembangunan sosioekonomi dan mengubah kaedah pengeluaran dan kehidupan rakyat.

图片默认标题_fororder_ar2

Presiden China, Xi Jinping dalam Persidangan Dunia mengenai AI yang dirasmikan di Shanghai semalam menyeru negara-negara memperkasakan kerjasama dan rundingan bagi menangani isu-isu berkaitan AI dari segi undang-undang, keselamatan, pekerjaan, etika dan tadbir urus kerajaan.

Xi turut menekankan komitmen China untuk merealisasikan pembangunan berkualiti tinggi. Pengaplikasian AI akan meningkatkan kecekapan dalam pembangunan sosioekonomi serta perkhidmatan awam dan pengurusan bandar.

Katanya, China bersedia berkongsi peluang pembangunan ekonomi digital dengan pelbagai negara, yang melibatkan pertukaran teknologi, perkongsian data dan pemasaran.

图片默认标题_fororder_ar4

Pakar, sarjana, usahawan dan lebih 200 syarikat dari 40 negara dan wilayah telah menyertai persidangan yang bertemakan "Era Baharu Diberi Kuasa oleh AI" tersebut.

图片默认标题_fororder_ar3

高蕾