Xi Jinping Ditemui Pemimpin Empat Negara

2018-09-19 16:09:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xjp

Biar besar mahupun kecil, setiap negara adalah anggota masyarakat antarabangsa yang "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah", dan masing-masing memiliki kelebihan sendiri. "Hukum rimba" harus diketepikan.

Demikian ujaran Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Estonia, Kersti Kaljulaid di Dewan Besar Rakyat, Beijing petang semalam.

Konsep komuniti berkongsi nasib menekankan saling hormat, sama rata, harmoni walau berbeza, dan bekerjasama untuk keuntungan bersama.

China bersedia mendorong perkembangan hubungan bilateral dengan Estonia berdasarkan prinsip tersebut. Untuk itu, kedua-dua pihak diharap memperdalam rasa saling percaya dalam aspek politik, menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan Estonia dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), mengintensifkan kerjasama pragmatik, dan merancakkan pertukaran sosiobudaya.

Kersti Kaljulaid menghargai China yang melayan negara kecil seperti Estonia secara sama rata. Pihaknya mendukung multilateralisme dan perdagangan bebas, memuji peranan penting China dalam hal ehwal antarabangsa.

图片默认标题_fororder_xjp2

图片默认标题_fororder_xjp3

Pada hari yang sama, Xi Jinping juga ditemui Presiden Serbia, Aleksandar Vucic; Presiden Latvia, Raimonds Vējonis; dan Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Lupesoliai Sailele Malielegaoi yang bakal menghadiri Forum Davos Musim Panas di China. 

图片默认标题_fororder_xjp4

高蕾