Kedutaan China Ingatkan Pelancong Jaga Keselamatan

2018-09-19 14:39:45  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Thailand mengingatkan pelancong China supaya menjaga keselamatan diri pada percutian sempena Hari Kebangsaan nanti.

Warga China yang berada di Thailand dinasihatkan memberi perhatian kepada cuaca dan keadaan laut, berhati-hati ketika berenang dan menyelam, serta mengelakkan aktiviti berisiko.

Dari segi keselamatan lalu lintas, pelancong China diingatkan agar berwaspada ketika melintas jalan raya dan memakai tali pinggang keledar sewaktu menaiki kenderaan.

Perhatian juga perlu diberikan terhadap keselamatan barang-barang kepunyaan peribadi, dan ketika menempah hotel, sebaik-baiknya tidak memilih lokasi yang terpencil.

曹捷