Forum Komunikasi Antarabangsa Laluan Sutera ke-2

2018-09-20 12:03:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_5457b6e3-bfb9-4ebd-8377-0bef846170e1


Forum Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 mengenai Komunikasi Antarabangsa ke-2 dirasmikan di Zhuhai, provinsi Guangdong semalam, dengan tema "era baharu, laluan sutera baharu dan imej baharu".

Forum itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan provinsi Guangdong.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_bedecf55-1b89-49e5-8a0f-a93263068bf6
 

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan pada majlis perasmian berkata, tahun ini ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, juga ulang tahun kelima inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) disarankan Presiden Xi Jinping.

Forum kali ini akan mempamerkan perkembangan terkini pembangunan Laluan Sutera Abad ke-21. CMG selaku stesen radio dan televisyen peringkat negara China, akan teguh menyampaikan suara China, melindungi sistem perdagangan multilateral dan menyiarkan konsep berkongsi nasib sesama insan.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_cdc6c785-8b49-43ec-993b-0f64bdffca8c
 

Gabenor Provinsi Guangdong, Ma Xingrui pula berkata, Guangdong, provinsi yang paling awal melaksanakan pembaharuan dan keterbukaan di China, juga hab penting bagi pembinaan B&R.

Katanya, Guangdong akan terus meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur dengan negara dan kawasan yang terlibat dalam B&R, mengintensifkan kerjasama melibatkan pelbagai bidang, dan giat menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi B&R. 

曹捷