Fujian Ingin Intensifkan Kerjasama dengan Malaysia

2018-09-20 14:05:45  CRI
Share with:

Provinsi Fujian, China ingin mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dengan Malaysia dari segenap aspek dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian ujar Gabenor provinsi Fujian, Tang Dengjie yang mengetuai delegasi Fujian melawat Malaysia pada 17 hingga 19 September.

Dalam tempoh lawatan itu, kerajaan Fujian telah memeterai 11 perjanjian kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Malaysia.

Menurut anggaran Kastam Fujian, Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Fujian antara negara-negara B&R.

Dalam konteks ini, MITI akan secara proaktif membina platform serta menyediakan bantuan dan sokongan yang kukuh bagi interaksi antara syarikat kedua-dua pihak.

 

周乔西