Sambutan Pesta Kuih Bulan di Kedutaan Besar China ke Myanmar

2018-09-23 14:48:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1


Kedutaan Besar China ke Myanmar telah mengadakan majlis malam gembira di Yangon untuk merayakan Pesta Kuih Bulan pada malam kelmarin. Seramai lebih 400 tetamu termasuk Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang, Gabenor Provinsi Yangon, U Phyo Min Thein serta wakil dari kerajaan kedua-dua pihak, kalangan industri dan perniagaan, orang Cina dan peranatau China di Myanmar menghadiri aktiviti itu.

图片默认标题_fororder_2
 

Ketika menyampaikan ucapan, Hong Liang menyatakan bahawa hubungan China dan Myanmar telah memasuki era baharu. Kedua-dua pihak bekerjasama membina inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan bersama-sama membina "koridor ekonomi China-Myanmar". Pelbagai kalangan masyarakat China dan Myanmar diseru berusaha bersama untuk merebut peluang baharu ini.


图片默认标题_fororder_3
 

U Phyo Min Thein pula menyatakan bahawa aktiviti seumpama ini diharap terus diadakan pada masa depan bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan meningkatkan pertukaran kebudayaan kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_5

曹捷