Kuih Bulan Gergasi di Singapura

2018-09-24 15:57:52  CRI
Share with:

Orang ramai bersama-sama menikmati kuih bulan gergasi di Dewan Memorial Sun Yat-sen, Singapura pada malam 22 September, sempena sambutan Pesta Kuih Bulan.

Dengan garis pusat 1.8 meter dan tebal 20 sentimeter, kuih bulan gergasi tersebut seberat 450 kilogram. Permukaannya tertera kalimat "Keharmonian Kaum, Sambut Pesta Kuih Bulan".

Acara menikmati kuih bulan itu sebahagian sambutan selama dua hari bermula 22 September. Aktiviti lain yang turut diadakan termasuk membuat tanglung dan kuih bulan.

Tanglung bertema ASEAN juga dipasang di tapak sambutan, bagi menandakan status Singapura sebagai pengerusi bergilir ASEAN tahun ini.

胡星