Rusia, Israel Bincang Insiden Pesawat Ditembak

2018-09-25 14:28:44  CRI
Share with:

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Rusia, Vladimir Putin membincangkan insiden pesawat tentera Rusia ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Syria, melalui panggilan telefon semalam.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Israel, Netanyahu menerima kesahihan kenyataan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sehari sebelumnya bahawa IDF tidak terlibat dalam insiden berkenaan. Tentera Syria dan pasukan Iran di Syria harus bertanggungjawab atas insiden itu. 

Pada malam 17 September lalu, sebuah pesawat pengintip IL-20 Rusia yang memantau wilayah Idlib ditembak jatuh di ruang udara berhampiran Latakia, pesisir Syria. Kesemua 15 orang yang berada di dalam pesawat itu terkorban.

Menurut laman web Kremlin, operasi yang dijalankan oleh tentera udara Israel terhadap Syria punca pesawat terbabit ditembak jatuh.

徐国玮