China Kutuk SVT Siar Program Menghina

2018-09-25 14:28:04  CRI
Share with:

China telah menyuarakan bantahan keras kepada stesen negara Sweden, Sveriges Television (SVT) kerana menghina China dalam program beritanya pada minggu lepas.

Bantahan itu disuarakan melalui jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika diminta mengulas hal berkenaan.

Beliau menyatakan program SVT itu diwarnai diskriminasi, prasangka dan provokasi yang menyasarkan negara dan rakyat China serta bangsa-bangsa lain, yang sama sekali membelakangi etika pengamal media.

China menggesa pihak yang tertanggungjawab di SVT mengambil tindakan segera untuk menghapuskan sebarang pengaruh negatif.

徐国玮