Komitmen DPRK Lucut Nuklear Tidak Berubah

2018-09-25 14:12:57  CRI
Share with:

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyatakan bahawa komitmen Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk melucutkan program nuklearnya tidak akan berubah.

Pandangan itu disampaikan beliau dalam sidang media di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York semalam.

Moon berkata, kemajuan telah dilihat dalam proses mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear. Satu persepakatan penting turut dicapai antara Korea Selatan dengan DPRK dalam tempoh lawatan beliau ke Pyongyang baru-baru ini.

Katanya, pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un berulang kali menyatakan keyakinan dan harapan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta hasrat untuk sekali lagi bertemu dengan presiden itu bagi membolehkan proses pelucutan nuklear diselesaikan secepat mungkin.

Trump menyatakan kemungkinan mengatur pertemuan dengan Kim. Pertemuan itu akan diadakan dengan cara yang sama seperti pertemuan sebelum ini, namun di lokasi berbeza.

Rumah Putih dalam satu kenyataan semalam berka, Trump memuji pertemuan Moon Jae-in dan Kim Jong-un sebelum ini. Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk merealisasikan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear. 

Dalam pertemuan semalam, Trump dan Moon bersetuju adalah penting untuk terus memberi tekanan kepada DPRK.

梁靓