Jamuan Malam Sambutan Hari Kebangsaan China di Bangkok

2018-09-25 14:03:02  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Thailand menganjurkan jamuan malam sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 China (PRC) semalam.

Duta Besar China di Thailand, Lyu Jian ketika berucap dalam jamuan itu berkata, mengimbas kembali 69 tahun lalu, rakyat China bersatu padu untuk mengembangkan usaha sosialis yang bercirikan China. Tahun ini ialah ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Pembaharuan itu bukan sahaja membawa perubahan kepada China, malah juga memberi pengaruh besar kepada dunia. China kini telah menjadi pendorong, peneraju dan penyumbang bagi globalisasi ekonomi dunia.

Beliau berkata, Thailand ialah jiran, sahabat dan rakan baik bagi China. Hubungan kedua-dua negara bersejarah lama dan mempunyai asas yang kukuh. Beliau yakin persahabatan dan kerjasama China-Thailand pasti akan terus berkembang ke tahap lebih tinggi dengan usaha  bersama kedua-dua negara.

Yang turut hadir, pegawai kerajaan dan tentera Thailand, wakil pelbagai kalangan masyarakat tempatan, wakil syarikat dan pelajar China di Thailand.

胡星