Produk Filipina Bertolak Ke China

2018-09-25 14:04:30  CRI
Share with:

Produk Filipina yang akan dipamerkan dalam Ekspo Import Antarabangsa China di Shanghai telah bertolak dari Pelabuhan Utara Manila pada 21 September lalu.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hubungan antara China dengan Filipina berkembang baik. Seiring dengan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) saranan China, pengeksportan produk Filipina ke China meningkat ketara.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Filipina, jumlah eksport berkenaan mencatat USD4.86 bilion (RM20 bilion) dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat USD980 juta (RM4 bilion) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat Filipina amat menanti-nantikan peluang menyertai Ekspo Import Antarabangsa China yang dijadualkan di Shanghai November nanti. Ekspo itu diharap menjadi platform penting bagi mempromosikan produk Filipina. 

Difahamkan, terdapat 15 syarikat Filipna menyertai ekspo kali ini. Kebanyakan produk yang akan dipamerkan adalah makanan tempatan seberat 20 tan.

胡星