Tingkatkan Kerjasama, Bina Komuniti Berkongsi Nasib

2018-09-27 14:28:37  CRI
Share with:

Forum Barat Daya ke-9 yang juga Forum Kumpulan Pemikir Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2 dirasmikan di bandar Dali, provinsi Yunnan, China semalam.

Pakar dan sarjana dari China, Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam berkumpul untuk membincangkan kerjasama Lancang-Mekong dan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Pengarah Pusat Kewangan Antarabangsa Kementerian Kewangan China, Zhou Qiangwu berkata, jumlah dagangan antara China dengan ASEAN mencatat lebih USD500 bilion (RM2.07 trilion) pada tahun lalu, meningkat enam kali ganda dalam tempoh 15 tahun. Pelaburan antara satu sama lain pula melebihi USD200 bilion (RM828 bilion).

Beliau menambah, kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan mekanisme LMC telah membawa manfaat sebenar kepada China dan 10 negara ASEAN.

胡星