JD CENTRAL Beroperasi di Thailand

2018-09-28 11:50:54  CRI
Share with:

Wadah jualan runcit dalam talian "JD CENTRAL" yang dikendalikan bersama Kumpulan JD China dan Kumpulan CENTRAL Thailand beroperasi secara rasmi hari ini selepas operasi percubaan selama tiga bulan.

Barang-barang yang dijual dalam JD CENTRAL melihatkan produk digital dan elektronik, fesyen, perkakas elektrik kegunaan rumah, buku, muzik dan sebagainya.

Menurut satu taklimat semalam, menerusi jaringan logistik sendiri dan pihak ketiga, lingkungan JD CENTRAL mencakupi keseluruhan wilayah Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JD CENTRAL, Yang Qikun berkata, strategi "Thailand 4.0" dan Koridor Ekonomi Timur (EEC) anjuran kerajaan negara itu, serta beberapa dasar keutamaan yang ditawarkan adalah selaras dengan strategi Kumpulan JD.

Kumpulan JD melalui wadah JD CENTRAL ini akan membantu Thailand membina rangkaian logistik berefisiensi tinggi dan memberikan latihan e-dagang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara itu.

覃淼