Simposium Sastera, Sejarah, Budaya Timur B&R

2018-09-28 16:29:35  CRI
Share with:

Simposium sastera, sejarah dan budaya Timur bertema inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) membuka tirai di Manila semalam, anjuran bersama Universiti Peking dan Universiti Ateneo de Manila Filipina.

Dalam majlis perasmian, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Asing Universiti Peking, Ning Qi berkata Jalan Sutera menyambungkan China dengan dunia melalui laluan darat dan laut dalam sejarah. 

Laluan itu bukan sahaja laluan perdagangan, tetapi juga laluan interaksi tamadun antara China dengan Asia Tengah, Asia Barat, Asia Tenggara serta kawasan-kawasan yang lain. Inisiatif zon ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 saranan China menyediakan platform untuk menyingkap kembali sejarah. 

Naib Presiden Universiti Ateneo de Manila, Jose M. Cruz pula berkata, Jalan Sutera merupakan laluan yang menyambungkan China dengan dunia Barat dalam sejarah. Simposium kali ini bakal membincangkan kemungkinan mengadakan pertukaran dan integrasi budaya dalam rangka B&R.

Simposium dua hari itu mengundang penyertaan kira-kira 30 orang pakar dari China dan Filipina, yang membentangkan hasil pengajian mereka tentang sejarah, susastera, media, perubatan tradisional China dan perlindungan warisan budaya. 

Turut hadir, lebih 100 mahasiswa dari Filipina.
 

徐国玮