Xi Jinping Kunjungi Tiga Provinsi di Timur Laut

2018-09-28 14:21:57  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengunjungi tiga provinsi di bahagian timur China, iaitu Heilongjiang, Jilin dan Liaoning baru-baru ini.

Jiansanjiang di Heilongjiang yang merupakan pangkalan bijirin China, destinasi pertama dalam agenda Xi. Pada petang 25 September, beliau meninjau proses penuaian dan pengeluaran bijirin di sana, sambil menekankan betapa pentingnya pembekalan bijirin memenuhi keperluan rakyat pada bila-bila masa. Beliau menggalakkan ahli sains dan juruteknik pertanian berusaha untuk mewujudkan pemodenan pertanian.

Pada pagi keesokan harinya, Xi tiba di bandar Qiqihar, Heilongjiang, dan meninjau syarikat China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Qiqihar Co. Beliau melihat industri pembuatan kelengkapan antara industri terpenting bagi sesebuah negara, salah satu komponen ekonomi yang tidak dapat dipisahkan. Katanya, pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) membawa peluang besar bagi kemajuan industri tersebut.

Dalam lawatan ke pejabat PetroChina di Liaoyang, provinsi Liaoning, Xi menegaskan adalah penting bagi syarikat milik negara mematuhi pimpinan Parti Komunis China (PKC). Pembentukan sistem bagi mengendalikan tadbir urus dan pengoperasian syarikat milik negara secara moden hendaklah dilakukan dengan teratur.

图片默认标题_fororder_xi2

图片默认标题_fororder_xi1

 

胡星