B&R, Platform Baharu bagi Tadbir Urus Global

2018-10-04 14:32:36  CRI
Share with:

Para pemimpin pertubuhan antarabangsa serta pegawai dan sarjana dari pelbagai negara berpandangan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang disarankan Presiden China, Xi Jinping pada 2013 selaras dengan harapan bersama pelbagai negara untuk mewujudkan pembangunan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, inisiatif itu telah menjadi platform baharu bagi meneroka mod tadbir urus global.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, B&R boleh membaiki mod pertumbuhan ekonomi sedunia melalui kerjasama ekonomi demi perkembangan globalisasi secara lebih sihat.

Martin Jacques, penyelidik kanan dari Kolej Hubungan Politik dan Antarabangsa Universiti Cambridge, Britain berkata, China membentuk dan membina hubungan antarabangsa model baharu melalui pelaksanaan inisiatif B&R serta projek-projek berkenaan. Hal ini menunjukkan kesediaan China untuk bekerjasama dengan negara-negara terlibat bagi menyelesaikan isu-isu globalisasi dan tadbir urus global dengan cara tersendiri.

周乔西