Kaunti Xiapu, bandar Ningde provinsi Fujian di pantai Laut Timur, mempunyai garisan pantai sepanjang 480 kilometer dan tanah pasang surut seluas 66 ribu hektar. Pemandangan gosong menampil keindahan yang berbeza seiring dengan perubahan musim dan cuaca, dan turut menjadi destinasi yang baik bagi mereka yang mahu berekreasi, melancong dan mengambil foto. Pada setengah tahun pertama tahun ini, kaunti Xiapu telah menerima 1,696,500 orang pelancong dan memperoleh pendapatan sebanyak RMB1.273 bilion (RM771 juta).