Pembangunan China Dipuji Pemimpin Asing

2018-10-05 13:55:45  CRI
Share with:

Para pemimpin asing yang diundang menghadiri jamuan Hari Kebangsaan China anjuran kedutaan China di seberang laut, memuji pencapaian negara ini sejak ditubuhkan 69 tahun lalu, terutamanya dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sepanjang 40 tahun lalu.

Mereka menanti-nantikan kerjasama pragmatik yang lebih rapat dalam pelbagai bidang, di samping memantapkan ikatan dua hala dengan China.

Dinh Tien Dung, anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam yang juga menteri kewangan berkata, persahabatan dan kerjasama yang erat antara Vietnam dengan China memenuhi keperluan pembangunan kedua-dua negara, malah kondusif bagi kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Katanya, Vietnam amat mementingkan hubungan dengan China, bersedia bersama-sama China mendorong hubungan antara parti dan negara terus berkembang dengan sihat dan stabil.

Vietnam sentiasa mengamalkan dasar "Satu China", menyokong peranan China dalam urusan antarabangsa dan serantau, serta menanti-nantikan kerjasama yang lebih intensif dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). 

曹捷