Hong Kong dan ASEAN Perkasakan Kerjasama Meteorologi

2018-10-06 14:30:19  CRI
Share with:

Stesen Falak Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong baru-baru ini meningkatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang meteorologi penerbangan. Langkah tersebut dipercapayai bakal meningkatkan taraf perkhidmatan meteorologi serta keselamatan dan keefisienan penerbangan di Hong Kong.
Sebelum ini, Hong Kong telah secara berasingan menandatangani memorandum persefahaman dan kerjasama dengan badan meteorologi Vietnam dan Myanmar dalam tempoh Simposium Kerjasama Meteorologi China-ASEAN ke-2 yang diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi, China pada 12 September yang lalu.

徐国玮