Jepun, AS Perkasakan Kerjasama tentang Isu DPRK

2018-10-07 15:05:49  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo semalam. Kedua-dua pihak bersepakat memperkasakan kerjasama erat berhuhung isu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Abe berkata, Jepun bersedia mengadakan mesyuarat dengan AS berhubung isu nuklear DPRK dan warga Jepun yang diculik.

Pompeo yang dijadualkan melawat DPRK hari ini berkata, kedua-dua negara AS dan Jepun seharusnya mengekalkan kerjasama erat.

Kedua-dua pihak sekali lagi memastikan pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan PBB tentang sekatan terhadap DPRK, dan mencapai persepakatan antara Jepun, AS dan Republik Korea mengenai tindakan konkrit menjadikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

高蕾