Chongwei Bakal Balik Malaysia

2018-10-07 14:31:51  CRI
Share with:

Persatuan Badminton Malaysia semalam mengumumkan, Datuk Lee Chongwei yang disahkan menghidap kanser hidung sebelum ini telah mendapat izinan dari kumpulan perubatannya dan balik Malaysia hari ini. Media massa dan rakyat diminta menghormati privasi Chongwei dan keluarganya. 
Chongwei yang disahkan menghidap kanser hidung pada akhir September lalu dilaporkan sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan pemulihan yang semakin baik. Chongwei pula menyatakan melalui media bahawa beliau akan berusaha untuk kembali beraksi di gelanggang.

徐国玮