DPRK dan Korea Selatan Bersama-sama Ingati Ulang Tahun ke-11 'Perisytiharan 4 Oktober'

2018-10-07 14:47:25  CRI
Share with:

Perhimpunan demi memperingati 'Perisytiharan Perkembangan Hubungan Udara-Selatan, Kedamaian dan Kemakmuran' yang juga disebut 'Perisytiharan 4 Oktober' diadakan di Pyongyang kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Tertinggi Republik Rakyak Demokratik Korea (DPRK) Kim Yong-nam dan Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myoung-Gyon serta tokoh tokoh dari kedua-dua pihak dan wakil wakil dari seberang laut telah menghadiri perhimpunan itu.

Menurut laporan berkenaan, Kim Yong-nam dan Cho Myoung-Gyon masing-masing menyampaikan ucapan dalam aktiviti itu.

Kim Yong-nam menyatakan bahawa pemimpin DPRK dan Korea Selatan mengadakan pertemuan di Pyongyang dan meluluskan Perisytiharan tersebut pada 11 tahun yang lalu, yang dilihat mencipta masa depan yang cerah bagi mewujudkan perpaduan bangsa yang inisiatif. Beliau menegaskan, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali tahun ini, dan mengeluarkan 'Perisytiharan Panmunjom' serta 'Perisytiharan Bersama Pyongyang September'. Seluruh bangsa Korea diseru berusaha bersama-sama untuk melaksanakan perisytiharan perisytiharan tersebut. 

曹捷