Komunikasi Pasca Gempa Sulawesi Sedang Dibaiki

2018-10-08 16:56:00  CRI
Share with:

Jaringan komunikasi, elektrik  dan pengangkutan yang rosak akibat gempa bermagnitud 7.4 dan tsunami yang berlaku di Sulawesi Tengah, Indonesia pada 28 September, sedang dibaiki.  

Selepas digegarkan bencana, syarikat telekomunikasi China termasuk Huawei dan ZTE telah melancarkan tindakan segera untuk memulihkan operasi peranti komunikasi bagi membantu misi mencari dan menyelamat.

Setakat 4 Oktober, ZTE telah menghantar lima kumpulan jurutera dan juruteknik ke kawasan bencana untuk membaiki dan menyambungkan semula lebih seribu pemancar signal telekomunikasi.

Dua lagi kumpulan petugas turut dikejar untuk membantu kerja dalam dua hari lalu.
 

张薇