Galak Kerjasama Strategik secara Berterusan

2018-10-08 15:07:11  CRI
Share with:

Sempena ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN, Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian menerbitkan artikel bertajuk "Galak Kerjasama Strategik China-ASEAN secara Berterusan" dalam akhbar Renmin Ribao hari ini.

Beliau berkata, genap 15 tahun Perisytiharan Bersama Perkongsian Strategik China-ASEAN untuk Keamanan dan Kemakmuran dimeterai, menjadikan China rakan dialog pertama yang menjalin ikatan berkenaan dengan blok itu.

Dalam tempoh tersebut, jumlah perdagangan dua hala antara China dengan ASEAN meningkat hampir 10 kali ganda kepada USD514.8 bilion (RM2.14 trilion) daripada USD55.2 bilion (RM229 bilion). Jumlah pertukaran warga melonjak kepada 49 juta daripada 3.87 juta.

Sekarang, terdapat lebih 4,000 syarikat modal China di ASEAN, menyediakan pekerjaan kepada lebih 300 ribu rakyat tempatan.

Hubungan China-ASEAN yang berkembang secara dinamik terbukti membawa manfaat besar kepada populasi serantau seramai 2 bilion.

Huang Xilian menyatakan China dan ASEAN boleh menjadi rakan kongsi lebih rapat yang menggalakkan diversiti, keharmonian dan keinklusifan.

China bersedia memperkasakan kerjasama dengan ASEAN melibatkan budaya, pendidikan, pelancongan, media dan sebagainya, di samping mengukuhkan persefahaman di kalangan rakyat.

  

张哲