Kemboja, Turki Perkasa Kerjasama

2018-10-08 16:55:07  CRI
Share with:
Kemboja dan Turki akan memperkasakan kerjasama bagi memerangi keganasan.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu di Phnom Penh kelmarin.

Dalam sidang media selepas pertemuan itu, Prak Sokhonn berkata, Kemboja menentang segala bentuk keganasan.

Cavusoglu pula berkata, kedua-dua pihak akan bermesyuarat secara berkala berhubung perkara tersebut, di samping memperkukuh kerjasama ekonomi. 

Beliau berharap penerbangan terus antara Turki dan Kemboja dapat dibuka dalam masa terdekat ini untuk merancakkan kegiatan pelancongan.

Tambah beliau, Kemboja rakan kongsi penting bagi Turki. Pihaknya mahu  mengeratkan hubungan dengan Kemboja serta semua negara ASEAN dan Asia. 

 

张薇