Wang Yi Ucap Tahniah Ulang Tahun Perkongsian China-ASEAN

2018-10-08 21:47:43  CRI
Share with:


Menteri Luar China, Wang Yi mengirim kawat tahniah kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dato Lim Jock Hoi sempena ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN.

Wang Yi menyatakan sejak terjalinnya perkongsian strategik, kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial semakin kukuh. Ikatan China-ASEAN telah menjangkaui dimensi bilateral, memperlihatkan kesignifikanan di peringkat serantau dan sejagat, malah menjadi teladan kerjasama yang paling berjaya dan paling dinamik di Asia Pasifik.

Beliau turut menzahirkan kesediaan untuk bersama-sama Dato Lim Jock Hoi melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, melonjakkan hubungan China-ASEAN ke tahap baharu, dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

张弘