Belia ASEAN Ikuti Kem Musim Gugur di China

2018-10-09 14:09:47  CRI
Share with:

Seramai 23 guru dan pelajar dari ASEAN serta pegawai Sekretariat ASEAN dijadualkan melawat ke Beijing dan provinsi Sichuan dalam satu kem musim gugur di China.

Kem yang pertama kali dianjurkan itu salah satu aktiviti sempena ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN untuk merancakkan interaksi dan kerjasama sosiobudaya antara kedua-dua pihak.

Kem musim gugur selama enam hari bermula semalam, memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti taklimat media Kementerian Luar dan lawatan ke Radio Antarabangsa China (CRI).

 

张薇