Sedia Bina Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Erat

2018-10-09 14:11:16  CRI
Share with:
China bersedia mengambil peluang daripada ulang tahun ke-15 perkongsian strategik dengan ASEAN untuk bersama-sama merangka cetak biru ikatan berkenaan, menaiktarafkan kerjasama pragmatik dan membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, dalam tempoh 15 tahun lalu, kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya amat berhasil.

Pada tahun lepas, jumlah perdagangan melebihi USD500 bilion (RM2.08 trilion), meningkat hampir enam kali ganda berbanding 2003. Pelajar dari ASEAN yang melanjutkan pelajaran di China pula hampir 100 ribu, meningkat lebih lapan kali ganda berbanding 15 tahun lalu.

Lu menyatakan China bersedia mengekalkan kerjasama rapat dengan ASEAN demi faedah rakyat seluruh rantau.
  
张薇