China Hantar Barang Bantuan ke Indonesia

2018-10-09 14:00:25  CRI
Share with:

Barang bantuan yang disediakan China termasuk khemah, alat pembersih air dan penjana dijadualkan tiba di kawasan yang dilanda gempa dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam memaklumkan, Palang Merah China telah menyediakan bantuan kecemasan berbentuk tunai kepada Palang Merah Indonesia.

Kedutaan China telah melancarkan mekanisme respons kecemasan untuk mengenal pasti keadaan warga China yang berada di kawasan bencana. Setakat ini, terdapat 37 warga China terjejas, antaranya 27 telah dipindahkan ke pusat perlindungan. Pihak kedutaan mengingatkan warga China supaya berjaga-jaga dan menghubungi mereka apabila perlu.

Setakat 7 Oktober, gempa dan tsunami telah meragut 1,763 nyawa, sementara 2,632 cedera dan 265 masih hilang. Lebih 70 ribu terjejas akibat bencana tersebut.

 

张薇