Shanghai Rintis Pengurusan Senarai Negatif Perkhidmatan

2018-10-10 13:33:51  CRI
Share with:

Kerajaan Shanghai telah merumuskan langkah-langkah bagi pelaksanaan model pengurusan senarai negatif dan pelan khas pengendalian perdagangan perkhidmatan rentas sempadan di zon perdagangan bebas rintis bandar itu.

Hal ini menandakan terbentuknya model pengurusan senarai negatif perdagangan perkhidmatan rentas sempadan bagi zon tersebut.

Naib Datuk Bandar Shanghai, Wu Qing berkata usaha kerajaan mempelopori pembentukan model berkenaan satu bentuk inovasi yang membantu China menyesuaikan diri dengan pola ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta meningkatkan keterbukaan dan daya saing perdagangan perkhidmatan di persada global.  

张哲