Jepun, Vietnam Sepakat Galak Perdagangan Bebas

2018-10-10 13:34:32  CRI
Share with:

Jepun dan Vietnam bersepakat untuk menyegerakan penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi menggalakkan perdagangan bebas.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Tokyo kelmarin, menjelang sidang kemuncak antara Jepun dengan negara-negara di lembangan Sungai Mekong.

Abe dalam rundingan itu melahirkan hasrat pihaknya untuk memperkasakan kerjasama dengan Vietnam demi pembangunan negara-negara tersebut.

Nguyen Xuan Phuc turut menyuarakan hasrat serupa, sambil menyatakan Jepun berperanan penting dalam strategi pembangunan Vietnam.

Pada hari yang sama, Abe juga bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha. 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张哲