Trump, Kim Temu Selepas Pilihan Raya AS

2018-10-10 14:42:46  CRI
Share with:
Pertemuan kedua dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un akan diadakan selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada 6 November, kata Presiden Donald Trump.

Sebelum ini, Trump pernah menyatakan bahawa rundingan Setiausaha Negara, Mike Pompeo dengan Kim Jong-un di Pyongyang berjalan dalam suasana baik. Kedua-dua negara sedang menyusun rancangan tentang pertemuan berkenaan. Terdapat tiga hingga empat lokasi untuk dipilih, kemungkinan diadakan lagi di Singapura amat tipis. 
   
Sesudah itu, Pompeo menyatakan lawatannya ke DPRK mencapai "kemajuan sebenar". Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan, namun laluan untuk merealisasikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear sudah dapat dilihat.
张薇