AS Digesa Henti Tindakan Jejas Hubungan

2018-10-10 13:36:30  CRI
Share with:

AS digesa menghentikan tindakan dan kenyataan yang menjejaskan hubungan dengan China, serta campur tangan dalam urusan domestik negara lain.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam berkata, tuduhan pemimpin AS bahawa China campur tangan dalam urusan domestik dan pilihan raya AS, adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima. Fitnah seumpama itu perlu dihentikan.

Menyentuh dakwaan bahawa China mempengaruhi pilihan raya AS dengan menaikkan tarif, jurucakap itu berkata, jelaslah AS yang membangkitkan pergeseran perdagangan dengan China. China tiada pilihan selain mengambil tindakan balas sewajarnya untuk mempertahankan diri.  

张哲