Barang Bantuan China Tiba di Indonesia

2018-10-10 13:34:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_4dc0c005-65d5-470f-911a-aca889f491e8


Barang bantuan kemanusiaan yang disediakan China tiba di lapangan terbang Balikpapan, Indonesia petang semalam. 

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar China, Wang Liping menyerahkan barang bantuan tersebut kepada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia, Meiladyastrinda Hapsari dan wakil Kementerian Luar negara itu, Prayono Atiyanto. 

Sebelum ini, Presiden China, Xi Jinping dalam kawat takziah kepada rakan sejawatnya, Joko Widodo, menyatakan pihaknya bersedia menghulurkan segala bantuan yang diperlukan Indonesia. 

Kerajaan China akan terus menghantar khemah, alat pembersih air, generator dan sebagainya secara berperingkat. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_06ee62bf-e1ea-48f2-8894-fa89cca287cc
 

Palang Merah China telah menyediakan bantuan kecemasan berbentuk tunai sebanyak USD200 ribu (RM830 ribu) kepada Palang Merah Indonesia.

Kedutaan China turut menyerahkan barang  keperluan harian kepada mangsa di kawasan bencana. 

Setakat semalam, gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah pada 28 September telah meragut 2,010 nyawa, sementara hampir 83,000 dipindahkan ke pusat perlindungan. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan hingga esok.
 

张弘