PM Li Lawat Tiga Negara Eurasia

2018-10-10 14:48:45  CRI
Share with:
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan mengadakan lawatan ke Tajikistan, Belanda dan Belgium, serta menghadiri mesyuarat perdana menteri Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dushanbe dan Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Brussels pada 11 hingga 19 Oktober.

Multilateralisme dan perdagangan bebas menjadi tumpuan agenda tersebut.

Lawatan di Tajikistan memfokuskan hubungan dua hala, kerjasama dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan (B&R)" serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang penting, menyasarkan beberapa dokumen kerjasama melibatkan ekonomi, perdagangan dan kastam.

Naib Menteri Luar China, Wang Chao memaklumkan, dalam tempoh lawatan Li ke Belanda dan Belgium, perjanjian kerjasama meliputi kastam, penerbangan, logistik, tenaga, kewangan serta sains dan teknologi akan diikat.

Lawatan berkenaan signifikan bagi menggalakkan hubungan China dengan Belanda dan Belgium terus berkembang secara sihat, sekali gus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif China-Eropah.

Sasaran lain, meningkatkan persefahaman dan rasa saling percaya dalam politik serta menaiktarafkan kerjasama pragmatik bagi menyuntik penggerak baharu untuk hubungan bilateral dan kerjasama China-Eropah.

ASEM, platform kerjasama penting bagi Asia dan Eropah, juga saluran utama untuk memperkasakan perkongsian.

ASEM ke-12 dijadualkan pada 18 hingga 19 Oktober di Brussels, dengan tema "Eropah dan Asia: Rakan Kongsi Global dan Cabaran Global".

 

张薇