China, Kanada Komited Lindung Multilateralisme

2018-10-11 14:12:49  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Chrystia Freeland menerusi telefon semalam.

Freeland berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai AS, Mexico dan Kanada patut bersifat terbuka dan inklusif, tidak wajar menjejaskan kepentingan negara lain. Pihaknya akan menggalakkan rundingan FTA dengan negara-negara lain menurut keadaan sendiri. 

Beliau juga menyatakan hasrat untuk bersama-sama pelbagai negara termasuk China mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan menentang amalan perlindungan.

Wang Yi pula berkata, China sentiasa menjunjung perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta menentang sebarang bentuk amalan perlindungan dan dwistandard.

Beliau mahu kerjasama untuk mempercepat pembinaan zon perdagangan bebas China-Kanada.

张哲